Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak - 14 Okt 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018

Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak - 14 Okt 2016

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-



Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA, GRED JA29/30/JA36 


3 Kekosongan



Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.

Sila rujuk SYARAT-SYARAT DAN CARA MEMOHON sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment.


Tarikh tutup permohonan (replika data) : 14 Oktober 2016


Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak di talian 082-230450




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di  Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak



Mengenai Kami - Urutan Peristiwa

2005
29.11.2005 Penggubalan Ordinan Sistem dan Perkhidmatan Pembetungan 2005.


2007
12.04.2007 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan untuk menubuhkan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak di bawah Kementerian Pembangunan Bandar dan Pelancongan.

02.07.2007
Kerajaan Negeri melantik Encik Lau Hieng Ung sebagai Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak.

01.10.2007
Kerajaan Negeri menguatkuasakan Ordinan Sistem dan Perkhidmatan Pembetungan 2005.


2008
25.08.2008 Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak berpindah ke pejabat tetap di Tingkat 7, Wisma Saberkas.


2009
10.11.2009 Pelancaran Sistem Pembetungan Berpusat Bandaraya Kuching Zon 1 Pakej 1 di Dewan Suarah oleh Ketua Menteri, Yang Amat Berhormat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

01.12.2009
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak telah ditempatkant di bawah Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar.


2010
08.10.2010 Loji Rawatan Enapcemar Sibu bernilai RM20 juta siap dan mula beroperasi.


2011
15.03.2011 Pengedaran Garis Panduan No. 2, Sistem Pembetungan Perbandaran Sarawak: Garis Panduan untuk Rekabentuk, Pembinaan dan Rekabentuk Rangkaian Pembetung dan Stesen Pam kepada pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi berkaitan.

30.03.2011
Pengedaran Garis Panduan No. 1, Sistem Pembetungan Perbandaran Sarawak: Garis Panduan untuk Rekabentuk dan Pembinaan Tangki Septik kepada pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi berkaitan.

30.09.2011
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak telah ditempatkan di bawah Kementerian Sumber dan Alam Sekitar.


2012
14.01.2012 Penyiapan Loji Rawatan Kumbahan Kuching Berpusat.

09.05.2012
Loji Rawatan Enapcemar Miri Septik bernilai RM20 juta siap dan mula beroperasi.


2013

01.06.2013
Status berpencen diberikan untuk Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak.


2014

31.07.2014
Penyiapan pembinaan Sistem Pembetungan Bersepadu Kuching Pakej 1.


2015

01.08.2015
JPPS mula mengambil alih operasi Sistem Pembetungan Bersepadu Kuching daripada pihak pembina.

18.08.2015
Pengedaran Garis Panduan No. 3, Sistem Loji Rawatan:
Bahagian 1: Tangki Pasang Siap - Loji Berpakej (SPAN TS 1401:2010)
Bahagian 2: Pembinaan dan Pemasangan - Loji Berpakej (SPAN TS 1401:2010 (A1:2013))


2016

19.05.2016
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak telah ditempatkan di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan.

0 Response to "Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak - 14 Okt 2016"

Post a Comment