Jawatan Kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor - 28 Okt 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor - 28 Okt 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada Rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 - 1 Kekosongan


2. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29 - 1 Kekosongan


3. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S29 - 1 Kekosongan


4. PEMANDU KENDERAAN H11 - 5 Kekosongan


5. PEMBANTU AWAM H11 - 6 Kekosongan


Cara Memohon:

a) Borang Permohonan Jawatan boleh dibeli di Jabatan Khidmat Pengurusan dengan harga RM2.10 tunai/senaskah (termasuk GST 6%).

b) Bagi Borang Permohonan Jawatan yang dimuat turun di laman web rasmi Majlis Daerah Hulu Selangor www.mdhs.gov.my perlu membuat bayaran sebanyak RM2.10 tunai/senaskah (termasuk GST 6%) semasa menghantar borang di kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan.

c) Sekiranya pemohon membuat penghantaran borang secara pos, pemohon hendaklah menyertakan:

i) Kiriman wang / Wang pos (postal order/money order) berjumlah RM2.10 tunai/senaskah (termasuk GST 6%) kepada MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR.

ii) Satu (1) keping sampul surat berukuran 10 cm x 23 cm (size kecil) LENGKAP dengan NAMA dan BERALAMAT SENDIRI serta bersetem RM 0.60.

d) Borang permohonan (termasuk borang yang dimuat turun dari laman web rasmi MDHS) hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas dari muka surat 1 hingga 7.

e) Permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, sesalinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil akademik dan persekolahan yang telah DISAHKAN dari salinan asal (Sila rujuk arahan yang tertera di dalam borang permohonan jawatan).

f) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

g) Syarat-syarat lantikan boleh didapati melalui laman web rasmi Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

h) Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU
(u.p.: Jabatan Khidmat Pengurusan)

i) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

j) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima dan dipertimbangkan. Borang permohonan secara Pos yang diterima oleh Jabatan selepas tarikh tutup iklan akan DITOLAK.


Tarikh tutup permohonan pada 28 Oktober 2016 (Jumaat) jam 4.00 petang.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah





Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Daerah Hulu Selangor




Latar Belakang

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ditubuhkan pada 1 Januari 1975 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

MDHS adalah hasil gabungan :
  • Majlis Tempatan Asam Kumbang
  • Majlis Tempatan Kalumpang

Luas keseluruhan kawasan yang ditadbir oleh Majlis sehingga tahun 2015 adalah 175,670.11 hektar yang meliputi 13 mukim . Kawasan yang ditadbir oleh MDHS merangkumi 13 kawasan utama berikut:-
  • Hulu Bernam
  • Kalumpang
  • Kerling
  • Kuala Kubu Bharu
  • Rasa
  • Batang kali
  • Hulu Yam
  • Serendah
  • Sg. Choh
  • Bandar Baru Bukit Beruntung
  • Bandar Baru Bukit Sentosa
  • Bandar Baru Sg. Buaya
  • Bandar Lembah Beringin

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor - 28 Okt 2016"

Post a Comment