Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Muar - 23 Okt 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Muar - 23 Okt 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Negeri Johor) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut;



Jawatan:


1.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N19


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-


a) warganegara Malaysia;


b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;


(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 :RM 1,352.00);


(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau


(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)


dan (d) Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan adalah diberi kepada calon yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin atau Tamil dan mahir mengendalikan komputer)



Tarikh tutup permohonan : 23 Oktober 2016




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Perbandaran Muar

Kerja Kosong Terkini Negeri Johor


Latar Belakang

1903-1910 : Lembaga Sanitasi.

1921 : Lembaga Bandaran (dibawah Enakmen Lembaga Bandaran 1911).

06.03.1952 : Majlis Bandaran Bandar Maharani (dibawah Ordinan Kerajaan Tempatan, Peruntukan Sementara 1973).

01.08.1976 : Majlis Daerah Muar Selatan (dibawah Akta Kerajaan Tempatan, peruntukan-peruntukan sementara 1973).

01.01.2001 : Majlis Perbandaran Muar.

14.04.2001 : Pengisytiharan Majlis Perbandaran Muar disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor.

Pengisyhtiharan Majlis Perbandaran Muar telah di sempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor pada 14 April 2001. Majlis Perbandaran Muar yang suatu ketika dahulu di kenali sebagai Majlis Daerah Muar Selatan (Di bawah Akta Kerajaan Tempatan, peruntukan peruntukan sementara 1973) merangkumi 17 buah mukim yang sehingga kini di duduki hampir 230, 000 orang penduduk pelbagai etnik.

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Muar - 23 Okt 2016"

Post a Comment