Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 11 Okt 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pebadanan Aset Keretapi sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) seperti berikut:-



Jawatan:

1. JURUTERA J41

2. ARKITEK J41

3. JURUUKUR BAHAN J41

4. JURUUKUR J41

5. PEGAWAI PERANCANG BANDAR J41

6. JURU GEOSPATIAL J41

7. PEGAWAI TADBIR N41

8. PENOLONG JURUTERA JA29

9. PENOLONG AKAUNTAN W29

10. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29

11. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29

12. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

13. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S29 

14. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29

15. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F29


Cara Memohon:

Pemohon yang berminat hendaklah menggunakan borang RAC/JK/1/2016 yang boleh didapati di melalui link yang admin sediakan di bawah.

(i) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kiri sampul surat nama jawatan yang dipohon.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Pengurus Besar
Perbadanan Aset Keretapi
Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit Pentadbiran
No. 29G, Aras Bawah, Blok B, Jalan TKS 1
Kajang Sentral Business Park
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan



Tarikh Tutup Permohonan : 11 Oktober 2016



Klik Maklumat Lengkap Iklan & Borang Permohonan

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)





Fungsi-fungsi Perbadanan adalah:

Perbadanan Aset Keretapi (PAK) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang diwujudkan di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463), berkuatkuasa pada 1hb. Ogos 1992, melalui Jilid 36 No.16 yang diwartakan pada 30hb Julai 1992.

Seksyen 89 (8)
Untuk mengurus, mentadbir dan menyelenggarakan:-

Segala harta dan hak Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu di bawah Ordinan Termansuh yang mana kuasa Seksyen 92 adalah terletakhak pada Perbadanan;

Segala harta yang terletakhak pada, atau dipegang atau diperolehi oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah Ordinan Termansuh menurut kuasa Seksyen 93 adalah terletakhak pada Perbadanan, dan untuk mengurus dan mentadbir segala liabiliti berkenaan dengannya; dan

Untuk mengusahakan projek-projek bagi pemajuan atau pemajuan semula mana-mana infrastruktur atau kemudahan keretapi; dan

Untuk menjalankan dan melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini

Seksyen 92 (2)
Segala harta, hak dan liabiliti Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu di bawah Ordinan Termansuh hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, terletakhak pada Perbadanan tanpa apa-apa jua pun pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan dan segala sebutan mengenai “Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu”, “Keretapi Tanah Melayu:, atau “Pengurus Besar, Keretapi Tanah Melayu” berhubungan dengan mana-mana harta dalam apa-apa suratcara, suratikatan. Hakmilik, dokumen atau undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan seolah-olah segala sebutan sedemikian adalah sebutan mengenai “Perbadanan Aset Keretapi”.

Previous Post Next Post