Jawatan Kosong di Pusat Pakar Perubatan UiTM (PPPUiTM) - 4 Nov 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018

Jawatan Kosong di Pusat Pakar Perubatan UiTM (PPPUiTM) - 4 Nov 2016

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/Kontrak di Pusat Pakar Perubatan UiTM (PPPUiTM), Fakulti Perubatan UiTM.




Jawatan:


1. PEGAWAI FARMASI UF41


2. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29


3. JURURAWAT U29


Tarikh tutup permohonan : 04 November 2016



Jawatan Kosong Terkini 2016 di Pusat Pakar Perubatan UiTM (PPPUiTM)

Kerja Kosong Terkini Negeri Selangor


Sejarah 1956, 1965, 1967, 1996

UiTM nyata lebih segar diingati dengan penubuhannya sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967. Institut ini merupakan buah hasil para pemimpin Malaysia yang penuh visi, terutamanya bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak. Sepanjang era beliau sebagai ‘Bapa Pembangunan’, salah satu misi negara memberi fokus terhadap usaha untuk membangunkan taraf sosioekonomi kaum bumiputera di negara ini. Allaryarham Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas pembinaan kampus di atas tanah yang berukuran 300 ekar luasnya di Shah Alam tanggal 14 Oktober 1967. 

Ia merupakan visi Allaryarham Tun untuk menjadikan ITM sebagai katalis bagi menjana kesemua sumber yang ada dan melahirkan serta melipatgandakan jumlah graduan bumiputera yang terlatih dan berkelayakan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah di dalam bidang-bidang lain. Walaupun kini memegang status universiti, ia adalah mustahil untuk melupakan setiap detik permulaan institusi ini. Lakaran sejarah UiTM bertitik tolak pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan Latehan RIDA.

0 Response to "Jawatan Kosong di Pusat Pakar Perubatan UiTM (PPPUiTM) - 4 Nov 2016"

Post a Comment