HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 30 Okt 2016

Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan. Kami menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai :



Jawatan:


1. RESEARCH ASSISTANT (RA)/GRADUATE RESEARCH ASSISTANT (GRA)


Candidates should have basic understanding in either

– molecular biology and/or

– biotechnology and/or

– biochemistry and/or

– bioinformatics


Enthusiastic learner, hardworking, meticulous and having positive attitude are highly desired.
Only candidates with PNGK >3.0 are eligible.

Candidates will be considered for a project related to a transcriptomics approach and the final decision will be made by the Principal Investigator.


How to Apply:

Interested candidates are welcomed to email their resumes no later than 30th of October 2016 with a brief statement of interest to the corresponding address below. Only candidates short-listed for upcoming interview will be contacted.


Dr. Ng Chyan Leong
+603 8921 4561
clng@ukm.edu.my


Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Cetusan pertama gagasan perlunya pendidikan tinggi untuk orang Melayu berlaku dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 1903. Za’ba, seorang cendekiawan, menulis berkenaan gagasan tersebut dalam akhbar Lembaga Melayu pada 1917. Gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad golongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti dan menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi bermula pada 1923 apabila Abdul Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat berkembang dan terlaksana kerana wujudnya berbagai-bagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme.

Mulai 1957 hingga 1967, perjuangan untuk penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara. Sehubungan itu, pada 1968 cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan. Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan.

Perjuangan yang tidak pernah luput itu mencapai kejayaan dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970 yang memulakan operasi pertamanya di Lembah Pantai Kuala Lumpur. Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 190 orang dan satu (1) orang pascasiswazah mula mendaftar di tiga buah fakulti iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam.


0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 30 Okt 2016"

Post a Comment