Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) - 16 Nov 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) - 16 Nov 2016

Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan kosong seperti berikut di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) :-



Jawatan:-


1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29


2. PEMBANTU TADBIR



Permohonan dihantar sebelum atau pada 16 November 2016 (Rabu)


Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)


Sejarah MAIPk

Negeri Perak merupakan salah sebuah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ("Federated Malay States") yang ditubuhkan menerusi Perjanjian Bersekutu ("Treaty of Federation") pada 1 Julai 1896. Pada ketika itu, Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan) telah ditubuhkan untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama di antara Raja-Raja Melayu dengan Pemerintahan British. Negeri Perak menjadi tuan rumah kepada mesyuarat pertama Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar, yang telah diadakan pada 13 hingga 17 Julai 1897 bertempat di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Sebagaimana yang telah dipersetujui dengan pihak British, bermula daripada Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, hinggalah kepada penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, suatu ketetapan telah disepakati secara bersama, bahawa, segala perkara berhubung hal ehwal Agama Islam ("Islamic Affair") dan Adat Melayu ("Malay Custom") hendaklah berada di bawah bidang kuasa Raja Melayu. Justeru, Ketua Agama Islam dan Adat Melayu yang berkuasa penuh di Negeri Perak pada zaman itu, ialah Duli Yang Maha Sultan. Amalan ini dikekalkan hingga ke hari ini.

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) - 16 Nov 2016"

Post a Comment