HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Temuduga Terbuka di POS Malaysia Berhad - 5 Nov 2016

POS Malaysia Berhad mempelawa calon-calon berkelayakan, Warganegara Malaysia untuk menghadiri temuduga terbuka seperti yang dijadualkan berikut:-



Jawatan:


1. POSMEN & KURIER
Gaji + Elaun : RM1,300.00 serta faedah-faedah yang menarik


Tarikh temuduga terbuka :

05 November 2016 (Sabtu)


Masa:

Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang



Lokasi Temuduga:

Institut Pengurusan Perladangan Tanjong Karang,

Jalan Sungai Kajang,
45500 Tanjong Karang
Selangor Darul Ehsan


Syarat-syarat dan kelayakan:

- Warganegara Malaysia

- Lelaki dan berumur 18 tahun hingga 30 tahun


Kelulusan Akademik:

• Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

DAN

• Lulus Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

DAN

• Lulus Bahasa Melayu pada peringkat PMR atau kelayakan yang diiktiraf dengannya

- Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya setahun dalam bidang Despatch/Pemandu Lori/Van

- Calon-calon hendaklah memiliki lesen kenderaan penuh B2 dan D atau GDL/E diberi keutamaan

- Mempunyai rekod trafiik yang baik dan bebas tunggakan saman lalu lintas


Syarat-syarat Temuduga:

Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan di atas dijemput hadir pada tarikh yang dinyatakan dengan membawa bersama resume dan dokumen asal dan salinan kad pengenalan, lesen memandu dan sijil akademik (PMR & SPM) dan 1 keping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan)

Calon hendaklah hadir dengan berpakaian kemas dan tidak dibenarkan memakai T-shirt dan Jeans.


Poster Temuduga di bawah


Baca Tips Temuduga Di sini


Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Temuduga Terbuka Terkini 2016 di POS Malaysia Berhad





Sejarah

Sejarah Pos Malaysia Berhad bermula pada awal tahun 1800an apabila perkhidmatan pos pertama diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura), dan seterusnya berkembang ke seluruh Tanah Malaya pada abad ke-20.

Surat-surat pada mulanya dihantar melalui penghantar utusan atau pengirim khas.  Pada waktu itu, setem tidak diguna-pakai, dan urusan pembayaran surat-menyurat dilakukan semasa surat diterima di kaunter pejabat pos dan resit akan dikeluarkan apabila surat telah diposkan.

Evolusi teknologi yang membawa kepada kelahiran internet, media digital serta perubahan tingkah laku konsumer, mula memberi kesan kepada pendekatan mel tradisional ini.  Walau mempunyai nilai nostalgia dan lebih berbentuk peribadi, penggunaan mel tradisional ini semakin susut, dan mula diganti oleh media sosial serta khidmat pesanan ringkas (SMS).


1 Response to "Temuduga Terbuka di POS Malaysia Berhad - 5 Nov 2016"

  1. ada lagi tak jawatan kosong kerani di johor baharu?

    ReplyDelete