Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di AlHijrah Media Corporation - 13 Jan 2017

AlHijrah Media Corporation pengendali stesen TV Alhijrah adalah sebuah syarikat jaminan Kerajaan Malaysia dibawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kami menyajikan teknologi penyiaran yang canggih dengan menjadi Stesen TV Percuma yang berfungsi sepenuhnya dalam teknologi Digital dan Aplikasi Penyiaran Definasi Tinggi yang pertama di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan syarikat, kami sedang mencari calon-calon yang berkelayakan dan berbakat untuk menyertai pasukan TV AlHijrah.



Jawatan:

1. EKSEKUTIF PENYELARAS KHAS ( WEBMASTER / PROGRAMMER )



Cara memohon:

Peluang pembangunan kerjaya dalam syarikat yang sangat baik. Kami juga menawarkan pakej imbuhan yang menarik kepada calon-calon yang layak. Pemohon yang berminat hendaklah menghantar resume lengkap mereka menyatakan gaji semasa dan dipohon bersama-sama dengan foto saiz pasport (tidak dikembalikan) kepada:-


Jabatan Sumber Manusia
ALHIJRAH MEDIA CORPORATION (TV AlHijrah)
Kompleks Pusat Islam,
Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-22601600
Fax : 03-22601566
E-mail : jobs@tvalhijrah.com
Website : www.tvalhijrah.com

*Hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.


Tarikh Tutup : 13 January 2017




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di AlHijrah Media Corporation

Kerja Kosong Terkini Tv AlHijrah


Tentang Kami

Pada 16hb September 2009, stesen tv Islami pertama di Malaysia, TV AlHijrah hadir sebagai penanda era baru dalam industri penyiaran di Malaysia. Tujuan utama penubuhan stesen ini ialah menyediakan sebuah platform tv untuk mendidik, menghibur dan menyatukan ummah.

Kandungannya sesuai untuk semua lapisan umur, bagi penonton Islam dan bukan Islam. Demografi utama disasarkan kepada golongan muda dan kumpulan penonton bawah 40 tahun.

Visi

Visi TV AlHijrah  ialah menjadi penyiar yang mendidik, menghibur dan menyatupadukan Ummah, melalui siaran dan penerbitan kreatif, berkualiti dan universal yang berlandaskan Islam, sesuai dan relavan untuk masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Misi

TV AlHijrah  akan menjadi stesen TV berkonsep Islam pertama dan terunggul di Malaysia menyiarkan kandungan berkualiti dan kreatif yang mengajak masyarkat melakukan penghijrahan berterusan ke arah kebaikan dalam semua bidang kehidupan. Misi ini akan dicapai melalui :-
  • Penyediaan kandungan berbentuk majalah, dokumentari, drama, berita, ehwal semasa, hiburan dan riadah berlandaskan prinsip Islam dan nilai sejagat
  • Memastikan kandungan menarik, bermaklumat serta sesuai untuk semua lapisan masyarakat
  • Menggunakan teknologi transmisi, penyiaran dan IT yang terkini serta menyalurkan kandungan dalam pelbagai platform
  • Pengurusan yang profesional, berakhlak, telus, berintegri, dinamik dan kreatif
  • Polisi, prosedur dan proses kerja yang efisen, efektif dan menepati amalam "best practices"
  • Pembangunan modal insan yang berterusan bagi mengharungi industri media yang dinamik
  • Perikatan strategik dengan pelbagai pihak dengan konsep "win-win"
  • Penyediaan pakej penajaan dan pemasaran yang inovatif dan kreatif
  • Memperkenalkan sistem prestasi syarikat yang memberi ganjaran dan imbuhan kepada kakitangan yang cemerlang
Previous Post Next Post