Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) - 15 Jan 2017

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) mempelawa pemohon warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan untuk jawatan seperti berikut:-



Jawatan:-


1. PENGARAH (GRED 54)


2. PENOLONG PENGARAH (GRED 41)



Tarikh tutup permohonan pada  15 January 2017





About Us

Negara kita telah diimpikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk menjadi sebuah negara bermasyarakat yang bermoral tinggi  dan beretika pada tahun 2020 apabila beliau mengisytiharkan penggerak utama impian ini iaitu Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 5 November 2003.

Perumusan PIN telah didasarkan pada semangat dan prinsip Wawasan 2020 secara khusus untuk memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi budi pekerti yang luhur”

Pelancaran PIN pada 23 April 2004 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah sekaligus melahirkan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) sebagai sebuah badan penyelaras dan pemantau kepada pelaksanaan Pelan Integriti Nasional dimana objektif utama INTEGRITI ialah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan mempunyai nilai-nilai murni sejagat.

Previous Post Next Post