Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) - 12 Mac 2017


Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Warganegara Malaysia ( Keutamaan kepada anak Negeri Terengganu ) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:



Jawatan:


1. PENGAWAS HUTAN GRED G19


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.


Tarikh tutup permohonan : 12 Mac 2017



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) MEHkerja


Latar Belakang

Penubuhan Dan Bidangkuasa

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) telah ditubuhkan pada 10 Ogos 1959 di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959

Di bawah Perkara 56 (9) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Yang Pertama)(Pindaan)Tahun 1956, Suruhanjaya bertanggungjawab terhadap perlantikan,  pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan menjalankan kawalan tatatertib anggota perkhidmatan yang di bawah bidangkuasanya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu juga berfungsi sebagai: 

i. Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu 
ii. Lembaga rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu 
iii. Pihak Berkuasa Tatatertib terhadap pegawai yang memegang atau memangku jawatan Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri. 
iv. Berkuasa untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu Tahun 2009

Mengikut Syarat (3) Fasal LVI Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Pertama) (Pindaan) Tahun 2006, keanggotaan Suruhanjaya terdiri daripada:-

i. Seorang Pengerusi

ii. Seorang Timbalan Pengerusi

iii. Enam (6) orang Ahli

0 Response to "Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) - 12 Mac 2017"

Post a Comment