Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - 28 Feb 2017 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - 28 Feb 2017

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) seperti berikut:-



Jawatan:


1. PEGAWAI PERUBATAN UD47


2. PEGAWAI TADBIR N41


3. PEGAWAI FARMASI UF41


4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N36


5. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U32


6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


7. SETIAUSAHA PEJABAT N29


8. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29


9. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29


10. JURURAWAT U29


11. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S29


12. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W22


13. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19


14. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19


15. PENYELIA ASRAMA N19


16. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S19


17. PEMANDU KENDERAAN H11


18. PEMBANTU OPERASI N11


19. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11




Tarikh tutup permohonan : 28 Feb 2017





Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)


Pengenalan

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.

Walaupun UPNM memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia di mana seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Disamping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.

UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008. Bagi pengambilan siswa baru sesi 2007/2008 seramai 550 siswa melapor untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 siswa awam dan 350 siswa tentera. Sementara itu, untuk program sarjana muda seramai 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi Pertahanan akan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan. Bagi memulakan pengajian sesi 2007/2008 UPNM telah menubuhkan 3 buah fakulti di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.


0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - 28 Feb 2017"

Post a Comment