Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA Melaka - 13 Feb 2017

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di UiTM (Melaka)



Jawatan:

1. PENSYARAH SAMBILAN SEPENUH MASA (PTFT)



Tarikh Tutup Permohonan : 13 Feb 2017
Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA Melaka




UiTM Melaka Kampus Alor Gajah

UiTM Melaka bermula pada Ogos 1984 di bangunan sementara di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Jalan Hang Tuah. Pada permulaan jumlah hanya 32 orang kakitangan sokongan dan 5 orang Pensyarah. Jumlah pelajar pertama ketika itu seramai 158 orang sahaja dan kursus yang ditawarkan adalah Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Diploma Pengajian Perniagaan (DBS), Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSS).

Januari 1994 mula berpindah ke Kampus tetap di Lendu, Alor Gajah. Keluasan Kampus 358.2 ekar dan 26 Km dari Bandar Melaka. Pada 2 Mei 1996 Kampus UiTM Melaka (ITM Melaka ketika itu) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Mahathir Mohamad. Tanggal 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan ITM dinaikan taraf kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dari 1984 sehingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah. UiTM Melaka berkembang pesat dengan pertambahan pelajar melepasi 6,500 orang. Dibantu dengan 283 kakitangan sokongan dan 460 orang pensyarah. Sebahagian daripada pensyarah-pensyarah ini mengajar di kedua-dua kampus.

Previous Post Next Post