Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - 14 April 2017 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - 14 April 2017

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) or Malayan Railways Limited is the main rail operator in Peninsular Malaysia. The railway system dates back to the British colonial era, when it was first built to transport tin. Previously known as the Federated Malay States Railways (FMSR) and the Malayan Railway Administration (MRA), Keretapi Tanah Melayu acquired its current name in 1962.

Positions:


1. PEMBANTU TRAFIK (LELAKI SAHAJA)  


Kelayakan

Calon luaran hendaklah berumur tidak melebihi 25 tahun dan 35 tahun bagi calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad pada tarikh iklan ditutup;

Bagi calon dalaman mestilah telah disahkan di dalam jawatan dan diperakui oleh etua Jabatan;

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;

Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi keduadua belah mata dan tidak buta warna;

Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;

Mempunyai etika perkhidmatan pelanggan yang baik;

Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;

Bersedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB


Huraian Tugas

Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;

Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;

Menjalankan tugas-tugas berkaitan perkhidmatan pelanggan di atas tren atau di tempat kerja;

Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;

Membantu mengilirkan isyarat Semboyan Tangan bila mana perlu;

Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan.


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang tidak lengkap serta gagal memenuhi syarat yang itetapkan tidak akan dipertimbangkan. ntuk calon-calon luaran hanya calon-calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk di temuduga.

Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 14 April 2017 ke alamat berikut:-

Pengurus Besar
Jabatan Modal Insan
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel: 03-22631367 / 03-22631312


Klik Job Requirement And How to Apply

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)


Sejarah KTMB 

Pada tahun 1961 merupakan tarikh berakhirnya orang eropah menjadi Pengurus Besar KTM. Dato’ Ahmad Perang merupakan anak watan yang pertama menjadi Pengurus Besar, dan Haji Waad Jamaluddin merupakan kakitangan KTM yang pertama berjaya memegang jawatan Pengurus Besar KTM. Selebihnya jawatan tersebut dipegang Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dipinjamkan ke KTM.

KTM sejak sebelum Perang Dunia lagi mempunyai rancangan pembinaan landasan merentasi Kuala Lumpur ke Pahang, dari Johor Bahru ke Kuantan dan menyusur negeri Terengganu dan kelantan tetapi tidak dapat dilaksanakan. Malah beberapa landasan yang telah dirancangkan namun ianya tidak menjadi kenyataan.

Diantaranya ialah landasan sejauh 70 batu dari kulai ke Endau; keduanya dari Kluang ke Muar dan terus ke Melaka sejauh 95 batu, ketiga; landasan sejauh 40 batu dari Gemas ke Melaka. Di Pahang pula dirancangkan landasan cawangan dari Jerantut ke Kuantan sejauh 25 batu, manakala di Selangor pula dari kelang ke Morib. Di negeri Perak cadangan pembinaan landasan cawangan yang terbengkalai iaitu dari Ipoh ke Gopeng dan dari Bagan Serai ke Kuala Kurau. Namun kesemua rancangan tersebut tidak terlaksana.


7 Responses to "Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - 14 April 2017"

  1. Replies
    1. Klik link yang admin sediakan tulisan biru tu

      Delete
  2. mcmna nk apply.sy btoi2 nk keja.blh tlg sy x

    ReplyDelete
  3. masih ada kekosongan untuk pembantu trafik? saya betul2 nak mohon kerja tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tutup dah iklan ini. 14 april lepas tutup..

      Delete
  4. masih ada kekosongan lagi? saya betul2 nak mohon kerja tu

    ReplyDelete