Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) - 25 April 2017 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) - 25 April 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Warganegara Malaysia ( Keutamaan kepada anak Negeri Terengganu ) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI TANAH NT29


2. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S19


3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19


4. PEMBANTU KEMAHIRAN H19


Tarikh tutup permohonan : 25 April 2017



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) MEHkerja


Latar Belakang

Penubuhan Dan Bidangkuasa

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) telah ditubuhkan pada 10 Ogos 1959 di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959

Di bawah Perkara 56 (9) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Yang Pertama)(Pindaan)Tahun 1956, Suruhanjaya bertanggungjawab terhadap perlantikan,  pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan menjalankan kawalan tatatertib anggota perkhidmatan yang di bawah bidangkuasanya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu juga berfungsi sebagai: 

i. Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu 
ii. Lembaga rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu 
iii. Pihak Berkuasa Tatatertib terhadap pegawai yang memegang atau memangku jawatan Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri. 
iv. Berkuasa untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu Tahun 2009

Mengikut Syarat (3) Fasal LVI Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Pertama) (Pindaan) Tahun 2006, keanggotaan Suruhanjaya terdiri daripada:-

i. Seorang Pengerusi

ii. Seorang Timbalan Pengerusi

iii. Enam (6) orang Ahli


0 Response to "Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) - 25 April 2017"

Post a Comment