Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA Johor - 16 April 2017 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA Johor - 16 April 2017

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Johor dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitanuntuk mengisi kekosongan jawatan Akademik dan Bukan Akademik secara Tetap/Kontrak di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang, Johor.



Jawatan:


1. PENOLONG JURUTERA (KIMIA) JA29


2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (IMAM) S29 


3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)  N19


Tarikh tutup permohonan : 16 April 2017



Jawatan Kosong Terkini 2016 di Universiti Teknologi MARA Johor


Sejarah UiTM Johor

Bukan sedikit sumbanganmu. UiTM Johor melakar sejarah di negeri Johor Darul Ta’zim ini pada tahun 1983. Kampus pertamanya di Bukit Siput telah dirasmikan pembukaannya oleh Dato’ Abd. Ajib bin Ahmad, Menteri Besar Johor pada ketika itu. Atas keperluan yang kian berganda, lokasi UiTM Johor kini berpindah ke bangunan yang lebih besar dan selesa iaitu di Segamat Baru pada tahun 1985. Pada tahun 1990, UiTM Johor telah tersergam indah di KM12, Jalan Muar-Segamat di atas tanah kurniaan pemerintah negeri.

Di sini, UiTM Johor telah berkembang pesat dengan memenuhi tanggungjawab sebagai kampus UiTM Negeri. Kampus Segamat ini menempatkan empat (4) buah fakulti iaitu Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Sains Komputer & Matematik. UiTM Johor juga mempunyai sebuah kampus kota yang terletak di Bandaraya Johor Bharu. UiTM Johor kini dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur pengajaran & pembelajaran serta kemudahan riadah dan rekreasi yang menjadikannya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani. Yang pasti, UiTM Johor akan berterusan menempa nama gemilang sebagai bukti keluhuran budi dan kemurnian jati diri anak bangsa dan pertiwi.

0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA Johor - 16 April 2017"

Post a Comment